Peristiwa 1975 di Malaysia

  • 18 Februari - Pengganas komunis mensabotaj landasan keretapi yang menggelincirkan tren barang di Rimba Mas berhampiran Padang Besar, Perlis.
  • 1-15 Mac - Piala Dunia Hoki ke-3 diadakan di Kuala Lumpur.
  • 31 Mac - Pengganas komunis mengadakan serangan mortar ke atas Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Sempang, Kuala Lumpur yang merosakkan pesawat pengangkutan cahaya Caribou.
  • 31 Mac – Tun Abdul Razak melawat China dan bertemu Mao Zedong.
  • 1 Mei - Ulang tahun ke-25 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia disambut.
  • 17 Mei - Pegawai Cawangan Khas, Leong Ming Kong dibunuh oleh pemberontak komunis di Langkap, Perak.
  • 20 Mei - Pengganas komunis membunuh detektif polis, Ong Teng Chin di Ipoh, Perak.
  • Jun – Kerja cerucuk untuk Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Pulau Pinang telah disiapkan.
  • 19 Jun - Lapan anggota pasukan keselamatan dan tiga orang awam terbunuh dalam serangan hendap oleh pengganas Komunis di Kubang Pasu, Kedah.
  • 30 Jun - Juara Heavyweight Dunia , Muhammad Ali tiba di Malaysia untuk pertandingan tinju menentang Joe Bugner.
  • 1 Julai - Juara Heavyweight Dunia, Muhammad Ali mengalahkan Joe Bugner dalam pertandingan tinju 15 pusingan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
  • 4 Ogos – Krisis tebusan Bangunan AIA berlaku, diketuai oleh Tentera Merah Jepun.[1]
  • 15 Ogos - Pengganas komunis melancarkan roket di rumah perwakilan Majlis Keselamatan Negara di Ipoh, Perak.
  • 27 Ogos – Tugu Negara telah dibom oleh pengganas komunis.
  • 21 September – Sultan Yahya Petra Kelantan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong keenam.[2]
  • 22 September - Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur.
  • 22 Oktober - Ulangtahun ke-50 Institut Penyelidikan Getah Malaysia diraikan.[3][4]
  • 13 November – Tan Sri Khoo Chong Kong, Ketua Polis Negeri Perak telah dibunuh oleh pengganas komunis di Ipoh, Perak.